JAM 10.35 PAGI
Tiga pusat pengundian panas dengan kata mengata antara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Pusat-pusat pengundian itu adalah Sekolah Rendah Permatang Pasir, Pekan Permatang Pauh dan Sekolah Rendah Penanti.
Namun tidak ada kejadian buruk berlaku.
JAM 11.00 PAGI
Para penyokong kedua-dua pihak salang berbalas sorakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Permatang Pauh. Beberapa pemimpin Pakatan hadir. Antaranya Dr Dzulkifli Ahmad, Nasruddin Tantawi, Lim Kit Siang, Zuraidah Kamarudin. Image Di SRJK Cina Lay Keow Permatang Pauh, penyokong PAS tidak puas hati apabila penyokong BN mengibarkan bendera dacing sedangkan ia dilarang oleh SPR. Berlaku kekecohan tetapi berjaya dikawal oleh polis. Ronnie Liu berada di kawasan itu.
"Penyokong Pakatan kita minta jaga keamanan dan jangan terpengaruh dengan provokasi. Yakin pengundi tahu dan buat pilihan yang bijak dan sangat penting pengundi bagi kemenangan kepada PAS di Pulau Pinang,"kata Ronnie.
JAM 11.20 PAGI
Polis mula ditempatkan dengan ramai di semua-semua pusat pengundian. Di SK Penanti, FRU di tempatkan ekoran kekecohan yang berlaku di situ.
Jam 10 pagi tadi, SPR melaporkan 5775 atau 28.46 peratus pengundi telah membuang undi.
JAM 11.45 PAGI
Jumlah keluar mengundi pada jam 11.15 pagi adalah 37 peratus. Ia satu angka yang wajar, kata Lim Kit Siang. Walaupun tidak ada pondok panas, semangat penyokong calon PAS sangat tinggi, tambah beliau dalam twitternya.
JAM 12.00 TENGAHARI
Ramai Pemuda Umno bermotosikal dilihat berkumpul di pekan Penanti. Mereka memakai baju kuning dan dibimbangi bakal menyesakkan kawasan pilihanraya apabila mereka masuk secara berkonvoi ke sana.
JAM 1.00 TENGAHARI
SPR mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi setakat ini sebanyak 47.2 peratus atau seramai 8672. Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Kg. Pelek bagi menunaikan Solat Zohor dan kemudian akan bergerak melawat pusat mengundi di Kubang Semang.
JAM 2.00 PETANG
Jalan-jalan utama ke Permatang Pasir Masih ditutup. Suasana Permatang Pasir sesak dengan kenderaan memenuhi jalan

No comments:
Post a Comment