Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 19, 2010

Perak akan Bubar DUN tidak lama lagi...

Perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan bahawa akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam sedikit masa lagi.

Kenyataan ini dimaklumkan oleh Wakil dari Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berkaitan beberapa perkara sejak kebelakangan ini telah berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak yang diteraju oleh Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.

No comments:

Post a Comment