Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 8, 2009

Majlis Makan Malam Dewan Harian PAS Terengganu Bersama Penggiat Media & Blogger

Semalam saya bersama rakan seperjuangan blogger dari Kemaman telah menghadiri Majlis Makan Malam Dewan Harian PAS Negeri Terengganu bersama penggiat media dan blogger yang dianjurkan oleh Penerangan PAS Negeri Terengganu. Majlis ini diadakan di Restoran Sri Wangsa, Pengadang Baru bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam. Selain makan malam, kami juga diberi penerangan dari Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu iaitu Ustaz Harun Taib.

Pelbagai idea-idea dari blogger-blogger yang hadir telah disumbangkan dalam program tersebut. Program seperti ini patut diadakan lagi dari masa ke semasa. Kerana dengan adanya perjumpaan seperti ini blogger-blogger yang baru tumbuh seperti saya dapat mempelajari selok belok dunia media elektronik dan membuka minda penulisan serta penyiaran maklumat.

Inilah gambar-gambar disepanjang majlis makan malam tersebut










1 comment:

  1. salam....CaNtaik gambO.....MiNta cOpy erk...

    ReplyDelete