Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 1, 2010

Kisah di Kijal...

Rumah PPRT yang sudah diubah suai menjadi banglo.. Mari kita lihat dan renungkan. Apakah orang yang mendapat bantuan rumah PPRT ini miskin??? Mari kita lihat dan renungkan pula rumah yang di bawah.
Gambar ini diambil di Kg. Telok Kalong. Kg. Telok Kalong ini adalah tempat tinggalnya Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Ahmad Said. Mengapa masih lagi ada rumah usang begini di Kg. Telok Kalong? Apakah Menteri Besar tidak melihat perkara ini atau tidak nampak rumah ini. Atau buat-buat tak nampak rumah ini. Tapi tempat lain boleh dibangunkan mengapa tempat sendiri dibiarkan penduduk tinggal dalam kemiskinan. Sepatutnya penduduk Kg. Telok Kalong hidup dalam kesenangan bukan dalam kedaifan.

Ini pula Medan Selera di Pantai Telok Kalong. Cuba lihat berapa buah gerai yang menjalankan perniagaan. Untuk makluman, cuma sebuah sahaja gerai disitu yang beroperasi menjalankan perniagaan. Mengapa ini terjadi? Apakah tiada yang berminat menjalankan perniagaan atau gerai tersebut terlalu mahal. Dimanakah yang dikatakan UMNO pembela rakyat. UMNO pembela peniaga melayu.

Gerai di Medan Selera Pantai Telok Kalong yang sunyi tanpa peniaga.


No comments:

Post a Comment