Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 5, 2009

Konvensyen Pemuda





Al-hamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana telah memberikan 2 nikmat yang paling besar kepada kita. Nikmat tersebut ialah Iman dan Islam. jika tanpa 2 nikmat ini kita sudah pasti hanyut dibawa arus dunia yang melalaikan. Sampaikan salam dan selawat kami kepada nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad saw,keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda,para-para anbiya' dan pejuang-pejuang yang memperjuangkan agama Allah.
Baru-baru ini iaitu pada hari jumaat 31 Julai 2009 sehari sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, pemuda PAS kawasan Kemaman telah menganjurkan Konvensyen Pemuda PAS Kawasan Kemaman di Dewan Imam Syafie, Pusat Pengajian Taman Islam.Maaf di atas kelewatan artikal ini kerana selepas program ini berakhir, saya bersama dengan pemuda Bukit Kuang berangkat ke Kuala Lumpur bagi menjayakan Himpunan Mansuh ISA yang dianjurkan oleh NGO. Balik jer dari himpunan tersebut, kena pulak demam. Sekarang ni pun masih lagi demam (masa menulis artikel). Kita berbalik kepada konvensyen pemuda. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB. Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Negeri Terengganu.
Anggaran peserta yang hadir dalam majlis ini sekitar 200 orang. Majlis ini bermula pada jam 3.30 petang dimulakan dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman iaitu Ustaz Dr. Megat Suhaimi b. Megat Idrus dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB. Ustaz Mohd Noor Hamzah iaitu Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Pemuda PAS Kemaman telah memilih tema "Pemuda Wibawa Memimpin Perubahan". Melalui tema ini, hasrat ingin dalam membentuk kewibawaan pemuda dalam langkah perjuangan melalui wadah Parti Islam Semalaysia insya-Allah akan tercapai. Kempen mengumpul ahli UKJ pada sesi lalu amat membanggakan tapi yang menjadi persoalan kita mengapa setiap program yang dianjurkan pemuda PAS tidak mendapat sambutan? Kemanakah perginya ahli-ahli UKJ ini? Mungkin ini adalah kelemahan diperingkat Dewan Pemuda sendiri.
Insya-Allah, dengan adanya penganjuran Konvensyen hari ini dapat mengilap kembali kewibawaan anggota UKJ dan sebagai bukti momentum baru yang diperkenalkan oleh Kepimpinan Dewan Pemuda Kawasan Kemaman.
Selain itu banyak lagi yang dikongsikan dalam majlis konvensyen ini antaranya adalah harapan untuk kerja jamaah, pemerkasaan tarbiyyah pemuda, proses kaderisasi pemuda, himpunan mansuhkan ISA, masa depan PASTI, memartabatkan unit amal, pemuda diambang PRU-13, sembang pemuda bersamamu dengan 2 jemputan khas iaitu Ustaz Saiful Bahari Mamat dan Ustaz Alias Abd. Hamid dan program ini berakhir pada jam 7.15 malam.

No comments:

Post a Comment