Related Posts with Thumbnails

Monday, August 17, 2009

'Orang pertama dipanggil masuk Syurga'

Sudah menjadi kebiasaan setiap hari apabila Nabi Muhammad sembahyang bersama para
sahabatnya dan orang ramai, beliau menjadi ketuanya. Walaupun begitu, kadang kalanya
beliau digantikan oleh sahabatnya yang paling karib yang bernama Abu Bakar.

Pada suatu tengahari, sesudah Nabi Muhammad menunaikan sembahyang bersama
sahabat-sahabatnya, beliau bertanya kepada mereka.

"Siapa antara saudara-saudara yang berpuasa pada hari ini? tanya Nabi Muhammad sambil
memandang setiap wajah mereka.

"Saya, tuan" jawab Abu Bakar.

"Siapa antara saudara-saudara yang bersedekah pada hari ini?" tanya Nabi Muhammad lagi.

"Saya, tuan" jawab Abu Bakar lagi.

"Siapa antara saudara-saudara yang menghantar jenazah ke kubur pada hari ini?" tanya
Nabi Muhammad seterusnya.

"Saya, tuan" Abu Bakar juga yang menjawab.

"Siapa antara saudara-saudara yang mendamaikan orang yang berbalah pada hari ini?" tanya
Nabi Muhammad bagi sekian kalinya.

"Saya, tuan" Masih juga Abu Bakar yang menjawab.

Nabi Muhammad melihat tiada orang lain yang menjawab pertanyaannya kecuali Abu Bakar
sahaja. Keempat-empat soalan dijawab oleh orang yang sama. Ini bererti, Abu Bakar
melakukan keempat-empat perbuatan baik itu pada hari yang sama.

"Orang yang taat kepada Tuhan dan dia mempunyai akhlak yang baik seperti itu, pada hari
kiamat nanti, semua pintu Syurga memanggilnya dengan katanya 'Wahai saudara, mari masuk"
kata Nabi Muhammad kepada sahabat-sahabatnya yang ada di situ, menerangkan ganjaran
baik perbuatan itu.

"Bagaimana kalau dia melakukan semua perkara itu" tanya Abu Bakar ingin memastikan.

"Nabi Muhammad tersenyum mendengar kata Abu Bakar itu.
"Apabila semua pintu Syurga memanggil pengikut saya supaya masuk, tentu saudaralah
orang pertama yang memasukinya"

No comments:

Post a Comment