Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 26, 2009

PAS Kekal di Permatang Pasir





Al-hamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-nya memberikan kemenangan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) di Permatang Pasir semalam.

Ini bermakna PAS masih mengekalkan kedudukannya di kerusi Dewan Undangan Negeri , N-11 DUN Permatang Pasir apabila Mohd. Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti 4,551 undi.



Kemenangan yang diperolehi oleh PAS ini boleh dikatakan besar juga, kerana peratusan yang keluar mengundi pada hari berkenaan menurun daripada 20,350 (82.5%) kepada 14,832 (73.1%).

Calon PAS, Mohd Salleh Man memperoleh 9,618 undi, manakala calon dari Barisan Nasiyonal, Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

PAS/Pakatan al-hamdulillah telah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti di Manek Urai yang membukti rakyat sudah mula menerima mereka dan telah menolak Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Khairy, Mahyuddin dan Najib gigit jari.....

No comments:

Post a Comment