Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 30, 2009

UMNO lah Sebenarnya Yang Cetuskan Pertelingkahan Kaum...


Assalamualaikum wbt,

Syukur kehadrat Allah swt kerana masih diberi peluang kepada kita menghirup nikmat udara pada hari ini. Dan syukur al-hamdulillah kerana masih dikurniakan nikmat Islam dan nikmat iman kepada kita. Kerana dua nikmat ini adalah nikmat-nikmat kurnia Allah yang paling besar bagi kita.

Baru-baru ini telah bangkit satu isu perkauman yang amat hebat telah berlaku di negeri Selangor. Satu demonstrasi HARAM telah dianjurkan oleh 'pelampau-pelampau UMNO'. Dulu UMNO mengutuk keras tindakan Pakatan Rakyat mengadakan demostrasi jalanan. Dikatakan para-para pendemonstrasi ini lembu-lembu dan monyet-monyet jalanan. Sekarang kita lihat siapa dia 'lembu-lembu dan monyet-monyet jalanan'.

Demonstrasi yang dianjurkan Pakatan Rakyat tidak melibatkan perkauman. Tapi apa yang kita lihat demonstrasi yang dianjurkan oleh 'pelampau-pelampau UMNO' ini terang-terangan melibatkan perkauman. Demonstrasi dengan membawa 'kepala lembu' yang masih segar berdarah dihadapan pejabat Menteri Besar ini akan membangkitkan kemarahan penganut-penganut agama Hindu. Jadi siapa yang sebenarnya memainkan isu perkauman dalam berpolitik?

UMNO Selangor sekarang ini sudah tertekan. Hinggakan 'kepala lembu' pun dibawa berdemo sekali. Memang lembu sungguh mereka semua.

Tapi yang paling mengecewakan ialah pihak Polis yang selama ini bertindak kejam kepada penyokong Pakatan Rakyat tidak bertindak apa-apa kepada 'pelampau UMNO' yang mengadakan demonstrasi HARAM ini. Tiada semburan air kimia, tiada tembakan gas pemedih mata dan tiada pergelutan seperti yang pernah terjadi kepada pejuang Pakatan Rakyat. Malah hanya melihat sahaja apa yang berlaku tanpa ada tindakan yang diambil. Dimanakah keadilan pihak Polis beraja Di malaysia. Yang selama ini bertindak tegas kepada para-para pendemo Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment