Related Posts with Thumbnails

Friday, September 11, 2009

Majlis Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum wbt........

Lujnah Tarbiyyah Pemuda PAS Kemaman telah menganjurkan program bagi menghidupkan bulan Ramadhan.

Pada 10 September hingga 11 September 2009 satu program "Ihya' Ramadhan"telah diadakan di Masjid Pasir Minal. Program ini bermula selepas solat tarawih dan berehat pada jam 12.00 malam selepas itu di sambung pada jam 4.00 pagi untuk slot Qiamullai.


Naqib jemputan bagi sesi ceramah ialah Ust Nik. Dalam surah al-Kahfi menjelaskan "Allah telah memperingatkan kepada kita tentang iman. Jagalah iman agar tidak dirosakkan oleh nafsu dan sogokkan-sogokkan yang boleh merobohkan jemaah.

Program-program kerohanian hendaklah selalu diisi bagi memperkemaskan akidah dan memperkuatkan jemaah pemuda islam yang berwibawa dalam membentuk pentadbiran memimpin perjuangan Islam.

Qiamullai bermula pada jam 4.00 pagi diimamkan oleh Ustaz Osama.
Program ini berakhir dengan kuliah subuh yang dinaqibkan oleh Ustaz Fendi. Peserta bersurai jam 7.30 pagi.

No comments:

Post a Comment