Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 15, 2009

JKKK menunjukkan kuasanya...

Hanya tinggal tanah dan rumput sahaja.

Kelihatan sebuah kereta di dalam pagar masjid.

Papan tanda sahajayang ditinggalkan.

Habis dibuang...Barang-barang lama pun sudah lesap dikebas puak2 BN.

Kubur pun sudah terbiar...

Begitulah yang terjadi kepada Masjid Lama Ibok. Setelah masjid baru siap masjid ini telah dirobohkan atas sifat busuk hati JKKK yang berkuasa di kampung berkenaan.

Kes perobohan masjid ini terjadi setelah jemaah PAS dikampung berkenaan menggunakan masjid ini untuk bersolat terawih.

Pada mulanya JKKK mengarahkan TNB dan SATU memotong bekalan elektrik dan air, tetapi jemaah PAS dikampung berkenaan menyambung semula bekalan tersebut. Tetapi dipotong balik oleh badan berkenaan atas arahan JKKK.

Setelah pemotongan kali ke-2, bekalan elektrik serta air di masjid berkenaan tidak boleh disambung. Tetapi masjid tersebut masih digunakan oleh jemaah PAS walaupun telah ketiadaan bekalan elektrik dan air. Penduduk berhampiran dengan masjid berpakat mengambil air dari rumah dan dibawa ke masjid untuk berwudu' elektrik pula diganti dengan pelita kerana masjid berkenaan masih menjadi tumpuan orang luar yang hendak bersolat.

Kejahatan JKKK tidak berhenti setakat itu. Setelah melihat masih ada penduduk yang menggunakan masjid tersebut, JKKK mengambil keputusan merobohkan masjid tersebut walaupun mendapat tentangan dari penduduk setempat.

Sebagai makluman kepada pembaca, masjid ini dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Yang pada mulanya masjid ini kecil sahaja pembinaannya, dan diusahakan oleh penduduk setempat membesarkan masjid ini.

Sekarang masjid sudah tiada yang ada hanya sebuah kereta buruk dan kadang-kadang menjadi tempat beradu lembu dan kambing.

Begitu hina sekali tapak rumah Allah di lakukan oleh Kerajaan yang memerintah sekarang.
Sebab itulah sekarang ini macam-macam bala Allah turunkan kepada manusia. Jika kita memandang perkara ini secara remeh, kita juga termasuk di dalam golongan orang-orang yang kejam.

Fikir-fikirkanlah wahai manusia............

No comments:

Post a Comment