Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 17, 2010

Ashaal: Tembok besi Arab adalah lambang jenayah kemanusiaan.

Selasa lalu, Dr Abdullah al-Ashal, bekas pembantu kepada Menteri Luar Mesir mengatakan bahawa tembok besi yang dibina oleh Mesir sepanjang sempadan negaranya dengan Semenanjung Gaza ialah satu jenayah kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.


Di dalam satu kenyataan kepada rangkaian Al-Jazera, Dr Ashal selaku professor undang-undang antarabangsa di University Amerika menambah bahawa melalui pembinaan tembok ini, Mesir secara langsung terlibat dengan Israel di dalam usaha mengepung Gaza secara paksaan.


Profesor tersebut menambah lagi bahawa kerajaan Mesir terus mengulangi kepentingan pembinaan tembok ini dari sudut keselamatan nasional , sedangkan itu adalah helah mereka semata-mata untuk mengelakkan pihak luar mempersoalkan tentang tembok ini, dan ini boleh digambarkan sebagai ‘keganasan yang bijak”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

No comments:

Post a Comment