Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 3, 2010

'Majlis Jom Kuca Bubur Asyura' oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dengan Kerjasama Pemuda DUN

Assaamualaikum...
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana diberi nikmat kesihatan kepada saya agar terus dapat berjuang dalam Parti Islam.

Saya mengucapkan tahniah kepada Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman kerana berjaya membuat aktiviti pertama Pemuda Kawasan untuk tahun 2010.

Semalam satu program anjuran Lujnah Kebajikan Pemuda Kawasan Kemaman dengan kerjasama Lujnah Kebajikan Pemuda DUN ( Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih ) iaitu 'Majlis Jom Kuca Bubur Asyura' yang diadakan di Padang Ceramah Kg. Mak Chili bersebelahan Pasti Adam.

Program ini juga mendapat kerjasama dari Dewan Muslimat dan Nisa' Kawasan Kemaman.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan pendaftaran ahli abru dan lama ARC Kawasan Kemaman iaitu satu-satunya kelab motor di bawah Parti PAS.

Program tersebut bermula dari jam 8.00 pagi di Padang Ceramah dan berakhir pada jam 5.00 petang di Hadapan Casa Limbong telah berjaya mengumpul pemuda-pemuda dari DUN-DUN dalam kawasan Kemaman.


No comments:

Post a Comment