Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 24, 2010

Ceramah Isu Semasa di Chukai

MTD Chukai menjemput YB. Chan Ming Kai ADUN Simpang Pulai untuk menyampaikan ceramah berkenaan isu semasa. Melihatkan keadaan dimana sikap perpaduan yang ditonjolkan oleh pimpinan mahupun penyokong dari PAS atau keadilan mendapat pujian dari bangsa cina.

Begitu juga pandangan yang sama diberikan oleh YB dari Triang, Pahang semasa baru tiba di Kemaman telah berkunjung ke sebuah kedai makan cina disekitar bandar Chukai dan menyatakan tujuan beliau kemari untuk berceramah di atas pentas PAS telah mendapat maklumat bahawa pimpinan PAS iaitu Tuan Haji Hanafiah Ramli serta pimpinan PAS di Kemaman sangat bagus. Walaupun beliau tidak memenangi dalam pilihanraya umum yang lepas tetapi beliau tetap melakukan kerja-kerja membantu masyarakat yang kesempitan tidak seperti pemimpin UMNO, payah nak nampak bayangan mereka melintas ke kampung-kampung bertanyakan keadaan masyarakat setempat. Begitulah ketulusan kerja yang ditonjolkan oleh pimpinan PAS. Tidak mengenal apa bangsa dan warna kulit, siapa yang susah wajib akan ditolongnya.

Orang cina sekarang ini sudah mula menunjukkan sikap memusuhi UMNO. Mereka bersikap demikian bukan kerana dalam pentadbiran UMNO itu terdiri dari orang-orang melayu. Tetapi mereka memusuhi UMNO kerana para pimpinan serta jawatankuasa yang dilantik oleh UMNO ini mempunyai sikap dan tanggungjawab yang tidak boleh dicontohi dan sangat buruk.

Kebanyakan dari ahli-ahli UMNO ini terlalu bersikap perkauman. Keadaan masyarakat tidak dihiraukan. Ada yang memerlukan bantuan tetapi tidak diendahkan atau dibantu. Bantuan hanya diberi kepada orang-orang yang rapat dengannya sahaja. Mana yang dicop sebagai pembangkang jawabnya telan angin sahajalah. Tidak akan dilayan oleh mereka. sebab itulah masyarakat tionghua sangat marah kepada UMNO. Bangsa sendiripun beliau tidak hiraukan bagaimana pula hendak membantu bangsa cina, jawabnya sudah pastilah bangsa ini pun akan menerima nasib yang serupa.

Kepada penyokong-penyokong UMNO, berubahlah demi memikirkan masa depan generasi kita akan datang. Bahawa UMNO tidak dapat menolong anak cucu kita, mereka juga tidak boleh memberikan kesenangan kepada generasi kita yang akan datang. Lihatlah berapa ramai anak muda kita yang sekarang ini tidak mempunyai pekerjaan. Mereka ini kebanyakkannya lepasan Universiti tapi masih tidak mendapatkan pekerjaan. Sebab itulah kita wajib kena yakin dengan kuasa Allah bahawa setiap rezeki datangnya dari Allah bukannya dari UMNO.

UMNO tidak boleh memberikan rezeki kepada kita malah UMNO hanya boleh memberi susuah kepada kita. Semua rezeki yang kita perolehi ini semuanya datangnya dari Allah bukan dari UMNO.

Fikir-fikirkanlah wahai umat ISLAM....


No comments:

Post a Comment