Related Posts with Thumbnails

Monday, January 25, 2010

JawatanKuasa Wang Ehsan: UMNO Mengkhianat Rakyat Kelantan

UMNO Kelantan sekali lagi mengkhanati rakyatnya dengan menubuhkan JawatanKuasa Wang Ehsan seperti yang dijelaskan oleh Senator Dato' awang Adek Hussin baru-bari ini.

Tindakan ini akan mengantikan wang ROYALTI yang dulunya ditentang keras oleh UMNO Kelantan yang sepatutnya wang itu diperolehi oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Sekarang ini sibuk hendak bahagikan wang itu sebagai WANG EHSAN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bukan melalui kerajaan negeri.

Sekiranya tindakan menubuhkan JawatanKuasa Wang Ehsan ini dilaksanakan maka rakyat Negeri Kelantan akan mengalami kerugian berbilion ringgit seperti yang telah terjadi di Terengganu. Dimana wang ini akan digunakan sepenuhnya oleh UMNO Kelantan termasuklah menggunakan wang ehsan ini untuk menjayakan 'Kempen UMNO Juara' di Kelantan dengan menaja wakil rakyat dan UMNO bahagian jika wang ehsan itu masuk melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jelas sudah ini suatu pengkhianatan kepada RAKYAT KELANTAN. Seperti yang pernah terjadi di Terengganu dulu.

Jelaslah sekarang ini UMNO Kelantan sudah tersepit hinggakan sanggup menjadikan rakyat Kelantan sebagai mangsa dan tebusan untuk menawan balik Kerajaan Kelantan.

Semoga rakyat di Kelantan memahami perkara ini. Jangan jadi seperti di Terengganu yang Kembali kepada BN setelah wang ehsan ini ditabur sebagai umpan . Setelah berjaya memperolehi apa yang diinginkan, rakyat akan ditindas sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment