Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 17, 2010

Remaja Perlu Dibimbing Dengan Ilmu Agama

Remaja sekarang sekiranya tidak diberi kafahaman agama yg sempurna dan tidak diawasi pergaulan mereka pasti akan menjadi LIAR dan akan bertindak diluar batasan.

Sedangkan mereka ini di bawah pengawasan kedua ibubapa. Tetapi sebilangan ibubapa tidak menghiraukan apa yang anak mereka lakukan. Seolah-olah takut hendak menegur setiap kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka.

Sanggupkan kita sebagai ibubapa mereka membiarkan anak-anak kita dalam keadaan terus hanyut dan leka.

Dan sanggupkah juga kita mati sedangkan anak-anak kita masih jahil tentang ISLAM.

Dan akhirnya diakhirat kelak anak-anak kita akan menuntut haknya kepada kita sebagai ibubapanya kerana tidak memberi pendidikan dan ilmu agama yang secukupnya kepada mereka.

Segala amalan kebaikan dan ibadah yang kita kerjakan di dunia tidak dapat menolong kita untuk melangkah ke dalam SYURGA ALLAH sekiranya anak-anak kita jahil tentang ilmu agama.

Renung dan fikarkanlah wahai saudaraku.....

No comments:

Post a Comment