Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 9, 2010

KENAPA JENAYAH GAGAL DITANGANI?

Jangan terkejut jika Melayu-Islam menduduki ranking tertinggi dalam melakukan pelbagai JENAYAH. Antaranya adalah seperti ROGOL, DADAH, RASUAH, RAGUT hinggalah kepada PEMBUANGAN BAYI. Semua ini sangat membimbangkan. Timbul difikiran,mengapa JENAYAH-JENAYAH ini banyak berlaku dikalangan Melayu-Islam?

Pada umumnya JENAYAH ini hanyalah dilihat melibatkan soal sosial dan keselamatan sahaja. Tetapi sebenarnya JENAYAH ini melibatkan maalah yang berhubung rapat dengan soal PENDIDIKAN.

JENAYAH adalah satu proses pendidikan yang tidak selesa. JENAYAH juga perlakuan lahiriah yang bermula dari dalam diri yang berkaitrapat dengan soal KEJIWAAN, PERASAAN dan PEMIKIRAN. Erti kata JENAYAH ini adalah satu sifat dalaman yang NEGATIF. Kerana setiap JENAYAH itu datang dari sifat TAMAK, BUAS, MARAH, HASAD DENGKI dan RAKUS.

Mana ada undang-undang yang boleh menghukum seseorang yang mempunyai sifat TAMAK. Seseorang itu akan dihukum sekiranya ia melaksanakan sifat TAMAK melalui perbuatan MEROMPAK,MENCURI atau RASUAH. Begitu juga dengan HASAD DENGKI, seseorang itu tidak akan dihukum sekiranya mempunyai sifat sebegini. Tetapi ia akan dihukum apabila sesorang itu MENCEDERAKAN atau MEMBUNUH orang yang menjadi sasaran KEDENGKIANNYA, barulah ia dianggap bersalah dan akan dihukum.

Jelaslah bahawa, segala sifat buruk yang menjadi punca JENAYAH tidak dapat diatasi oleh penguatkuasa undang-undang kerana undang-undang hanya boleh dikenakan pada perlakuan ZAHIRIAH sahaja. Hujah ini menjelaskan mengapa undang-undang tidak akan dapat mengawal dan mencegah JENAYAH walau sekeras dan seketat manapun undang-undang tersebut.

Mekanisme perlakuan JENAYAH datangnya dari dalam ke luar bukan dari luar ke dalam. Sebagai umat ISLAM, seharusnya tidak teraba-raba dalam mencari jalan penyelesaian. Langkah pertama dan utama seharusnya bermula dengan menanamkan JIWA TAUHID ke dalam diri. TAUHID adalah asas kepada sistem keyakinan peribadi setiap diri umat ISLAM. TAUHID yang kuat adalah sumber pembentukan sistem keyakinan yang mantap.

Pemikiran Tauhid ini akan membentuk satu sistem nilai berasaskan syariat (peraturan) ALLAH. TAUHID juga mendinding kita dari semua hasutan dan godaan luar. Jelaslah bahawa TAUHID adalah IKATAN istimewa diantara HAMBA dengan MAHA PENCIPTA. Malah akan menguatkan jiwa dan akal itu bagi membolehkan seseorang merdeka daripada belenggu dan kongkongan NAFSU yang sentiasa mengajak kepada perlakuan JAHAT (JENAYAH).

Justeru itu marilah kita sama-sama bertanya kepada diri masing-masing sejauh manakah usaha ibubapa menanam JIWA TAUHID ini ke dalam diri anak-anaknya, guru-guru pula sejauh mana menanam JIWA TAUHID ini ke dalam diri pelajar-pelajarnya dan PEMIMPIN pula sejauh mana menanam JIWA TAUHID ini ke dalam seluruh sistem hidup rakyat-rakyatnya.

Lebih daripada itu, pendekatan mengajar dan mendidik TAUHID mestilah lebih dinamik, kreatif dan inovatif di selurah peringkat masyarakat.

Dan sejauh manakah budaya HEDONISME dan METERIALISME yang boleh mengikis rasa TAUHID dalam sistem hidup kita sekarang, berani serta serius diberhentikan?

No comments:

Post a Comment