Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 25, 2009

MB Kedah serah surat mohon Radzhi digugurkan kepada Sultan Kedah....

Dari :
Mohd Azman Mohamed

Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyerahkan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah bagi memohon baginda menggugurkan Mohd Radzhi Salleh dari Exco kerajaan negeri Kedah adalah sangat tepat dan betul.

Tindakan Radzhi itu menimbulkan keraguan kepada masyarakat kerana membuat pengumuman diluar negeri Kedah, malah ia mirip sepertimana yang dilakukan oleh dua bekas Adun Negeri Perak yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan di Kuala Lumpur bersama-sama dengan pemimpin Barisan Nasional(BN)dan Umno setelah menghilangkan diri.

Mungkin ini adalah tindakan terdesak BN dan Umno menjelangnya pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir yang semakin hampir. Kerana mereka sudah kehilangan sokongan. Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan pengundi dan penduduk di Permatang Pasir supaya melihat bahawa terdapat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah suatu perkara yang tidak benar. Tiada perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tetap teguh dan sepakat. Tidak nafikan bahawa akan muncul lagi cerita-cerita baru yang akan direka oleh BN dan Umno dalam tempoh yang terdekat ini bagi meraih sokongan daripada pengundi di Permatang Pasir. Namun begitu rayuan kepada pengundi dan penduduk di Dun Permatang Pasir ini supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat BN dan Umno untuk mengelirukan para pengundi.

Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan exco yang dipegangnya dalam kerajaan negeri Kedah sekiranya beliau sudah tidak lagi berminat menganggotai PKR yang merupakan komponen dalam Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment