Related Posts with Thumbnails

Tuesday, August 25, 2009

Pemuda BN Habis Modal Berkempen

Dari:
Mohd Azman Mohamed


Kasihan aku lihat pemuda-pemuda UBN cara mereka berkempen untuk pilihanraya kecil Permatang Pasir. Macam-macam cara mereka gunakan, baik dari pemuda-nya, putri-nya, wanita-nya dan juga exco-exco-nya.

Punyalah ambil berat terhadap rakyat. Sampaikan sanggup bersahur dirumah penduduk tempatan. Hingga terharu tuan rumah kerana ada juga menteri nak menjamu selera diteratak beliau.

Tapi yang menjadi tajuk perbualan kita ialah cara pemuda UBN berkempen. Serangan peribadi dijadikan modal. Pemuda UBN Malaysia ni dah kehabisan modal ke nak berkempen? Macam-macam fitnah-nya keburukan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat. Isu arak, isu masuk neraka, serangan keatas DSAI dan macam-macam fitnah ditaburkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Apa yang dikesalkan sanggup menggunakan majlis-majlis fatwa sebagai back-up.

Tapi setiap serangan yang dilontarkan itu melantun balik kemuka mereka sendiri. Itupun mereka masih tidak sedar. Masih nak control macho. Kalau kita nak bincang semua isu-isu yang dimainkan oleh pemuda UBN ni memang terdaya nak menaip-nya. Jadi kita ambil salah satu isu-isu tersebut.

Saya tidak akan memanjangkan penulisan ini kerana tidak mahu hilangkan mod pembaca-pembaca. Saya akan direct to point.

Antara-nya isu penjualan arak di Selangor. sepantut-nya pemuda UBN kena mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana berjaya menyekat perjualan ditempat-tempat yang purata penduduk-nya adalah melayu ISLAM. Mengapa pemuda UBN perlu mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat? Ini kerana masalah penjualan arak yang bebas bukan berlaku masa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat lagi, ini adalah perkara yang telah berlaku lama semenjak BN memerintah lagi. Tapi apa yang pimpinan BN lakukan?? Tak ada apa-apa yang dilakukan-nya, malah lesen pula yang dikeluarkan oleh puak BN bagi menghalalkan penjualan arak yang sememang-nya haram. Menjadi halal bila ada lesen dan haram bila tanpa lesen. Itulah pegangan pimpinan termasuk penyokong BN sekali.

Selepas itu mengenai 'Isu syurga dan Islam Palestin'....Media-media BN memainkan peranan memburukkan lagi keadaan. BN memalsukan ucapan TGNA melalui media milik mereka. Apa yang TGNA kata "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO". Maksud dari ucapan itu adalah Islam yang dibawa oleh BN adalah Islam yang tidak mengikut apa yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. Hukum al-Quran ditolak, pentadbiran Islam diketepikan, konsert yang melalaikan dan maksiat tidak dibendung. Itu yang dikatan Islam kacukan,Islam plastik. Bukan Islam tulen.

Mengenai saranan Ketua Pemuda BN Malaysia, agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana tidak diberi jawatan EXCO dalam negeri Pulau Pinang. Perkara ni pun nak buat bahan berkempen. Apa ni Ketua Pemuda BN, habis modal dah ke? Isu ni saya tak nak ulas panjang....Biar saya plak yang menyarankan agar Ketua Pemuda BN keluar dari BN. Sebab yang sama, Ketua Pemuda BN bukan-nya ada apa-apa jawatan EXCO pun dalam kerajaan walaupun menang bertanding bagi merebut kerusi Ketua Pemuda BN Malaysia. Malah yang kalah bertanding plak yang dapat jawata EXCO.

Saya pun malas nak layan dah dengan puak-puak yang memang dah gila kuasa ni.....

Jadi penyokong-penyokong yang masih lagi setia dengan BN tu fikir-fikirkan-lah. Kerana setiap rezeki yang kita dapat adalah pemberian dari ALLAH 'azzawajalla bukan-nya dari Pemimpin BN. Jangan-lah kita takut hendak menegakkan yang benar dan yang Haq.

Dan kepada penyokong-penyokong yang setia menyokong perjuangan Islam ini, teruskan-lah perjuangan anda. Kerana perjuangan kita ini masih panjang dan masih jauh lagi. Jadikan-lah diri kita ini seorang pejuang Islam yang kental dan berani menghadapi sebarang kemungkinan yang pasti akan datang. Berjuang-lah kerana ALLAH, buangkan-lah sifat kepentingan diri dalam berjemaah. Jangan-lah kita berjuang kerana mengharapkan balasan dari pemimpin dan jangan juga perjuangan untuk mendapat pujian dari masyarakat. Berjuang-lah kerana ALLAH.




No comments:

Post a Comment