Related Posts with Thumbnails

Sunday, August 23, 2009

Perlawanan Futsal Piala Pesuruhjaya

Al-hamdulillah selesai sudah perlawanan futsal merebut piala Pesuruhjaya PAS Terengganu. Walaupun perlawanan ini selesai pada seminggu yang lepas, tapi masih terasa kehangatannya. Tapi aku bangga jugak la...Sebab team yang aku bawak dapat bermain sampai final. Sapa tak bangga kan...Team aku bermain mewakili pasukan Kemaman 'C' bertemu dengan pasukan dari Marang 'A'. Perlawanan final tu memang sengit. Masing-masing terikat tanpa jaringan. Tapi macammana sekalipun pemenang kena gak ada. Kalau tak hadiah yang berlonggok kat atas meja nak kasi kat sapa kan.....Bagi menentukan sapa yang menjuarai perlawanan ini, terpaksalah diadakan sepakan penalti. Malang menimpa pasukan Kemaman 'C', Marang 'A' tersenyum lebar. Keputusan perlawanan memihak kepada Marang 'A'. Tapi apa yang membanggakan Kemaman 'C' ialah Kemaman 'C' bersama pasukan Marang 'A' dapat mewakili Negeri Terengganu berlawan hingga ke peringkat Malaysia. Insya-Allah dalam bulan Desember ni kedua-dua pasukan ini akan pegi ke Selangor untuk berlawan di peringkat Malaysia pula. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan. "Orang Muda, Geng Kita"
Ni antara gambar-gambar semasa perlawanan di Hazlan Soccer tempoh hari.......

Team aku yang mewakili pasukan Kemaman 'C'
Bersama pasukan dari Marang 'D' sebelum perlawanan separuh akhir berlangsung
Urusetia (AJK DACS Negeri) bermesyuarat dengan Ketua DACS Pusat selepas perlawanan

No comments:

Post a Comment