Related Posts with Thumbnails

Monday, September 28, 2009

Bila jalan baru Bukit Kuang nak buat????

Assalamualaikum wbt,

Al-hamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menghirup kenikmatan yang dihari ini dan masih dikekalkan nikmat iman dan islam hingga kini.

Hari ni aku nak cerita bab kesesakan lalulintas dengan kata nama lain trafic jem. Memang aku hari-hari menghadapi masalah ni. Aku tinggal di Kg. Bukit Kuang manakala anak-anak aku bersekolah di Kg. Bakau Tinggi ( Sek.Ren.Islam Darul Taqwa ) dan aku plak kerja di Paka. Time aku hantar anak-anak aku tu o.k lagi lar. Tapi bila aku nak patah balik ke Paka. Time ni lar yang siksa sikit. Aku ambil masa lebih kurang 1/2 jam lebih untuk perjalanan jarak yang hanya 5 km. Tapi yang tu aku tak kisah manalah.


Yang aku nak cerita kat sini pasal ada setengah-setengah pemandu yang mengambil jalan mudah, memotong ikut sebelah kiri (seperti gambar disebelah). Bukan dia saja yang nak cepat. Cara pemanduan begini boleh menyulitkan lagi keadaan yang sememangnya dah jem.



Memang sebelum ni menteri besar Terengganu bercadang nak mengubah laluan jalan yang sedia ada. Tapi projek tu entah bila terlaksana. Macam-macam jawapan yang didengar dari mulut penduduk setempat termasuklah dari Jabatan Kerjaraya sendiri.

Mengikut sumber dari Jabatan Kerjaraya, projek pengubahsuaian jalan tersebut sepatutnya sudah boleh dilaksanakan. Tetapi menteri besar nak yang lebih hebat lagi. Jadi terpaksalah projek tersebut ditangguhkan dulu kerana nak adjust balik plan yang telah siap. Dan budget pun up lah lagi. Tu lar pasal projek tu tak dapat dilaksanakan lagi.

Bagi aku lar, buat lar yang berpatutan. Jangan nak jaga sangat imej hingga melambatkan lagi kerja yang sepatutnya dah terlaksana.

Apa komen anda? Adakah komen anda sama dengan saya?

No comments:

Post a Comment