Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 16, 2009

Port Kaki Ponteng Puasa..

Assalamualaikum wbt,

Kita sekarang berada di 16 Ramadhan 1430, ini bermakna sudah 16 hari kita menjalani ibadah puasa yang telah diwajibkan ke atas kita yang mengaku sebagai seorang Islam dan umat Nabi Muhammad saw.

Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Maka terjadilah perkara yang halal menjadi haram.

Sebagai contoh makan. Makan kalau di bulan lain adalah halal, tapi bila masuk jer bulan Ramadhan maka makan di siang hari menjadi haram. Walaupun kita makan itu dari sumber pendapatan yang halal. Maka bila berlaku yang demikian berdosalah jika kita melakukan perbuatan tersebut.

Apa yang nak saya kongsikan disini adalah perkara yang berlaku ditempat kerja saya yang terletak dalam daerah Dungun. Perkara ini di Kawasan Perusahaan Cacar, Mukim Kuala Paka.

Ceritanya begini.
Ditempat kerja saya ada kantin yang diusahakan oleh orang melayu kita. Owner kantin ni orang cina. Dipendekkan cerita, kantin ni mempunyai aktiviti tahunannya. Tiap-tiap tahun perkara ini berlaku. Aktiviti tersebut ialah beroperasi di siang hari. Maka ramailah kaki-kaki ponteng menjadikan kantin ini sebagai pusat pembekalannya. Kantin ni dibuka memang awal. Jam 10.00 pagi dah mula operasi haramnya.

Nasihat sudah berbuih kita orang beri. Tapi jawapannya, "nak buat lagu mano ore nok beli, tokke tokse jual". Gitulah jawapan hok kita dapat.

Last-last sekali saya lapor ke Penguatkuasa Agama Dungun supaya tindakan susulan dapat diambil. Tapi hampa, penguatkuasa tidak dapat berbuat apa-apa tindakan.

Saya nak minta pandangan dari sahabat-sahabat macam mana nak buat supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi pada tahun hadapan. Ini gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.



No comments:

Post a Comment