Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 20, 2010

6 Jahanam :Ceramah Isu Semasa Di Lubuk Lesong.

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, semalam satu majlis ceramah telah diadakan di Kg. Lubuk Lesong. Antara yang menyampaikan ceramah ialah Ustaz Haji Hazri Jusoh - Pengarah MTD Kijal, Tuan Haji Ismail Harun - YDP PAS Kemaman dan Sdr. Mohd Rafizi Ramli - Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Ceramah ini dipengerusikan oleh Haji Ismai - Pengarah Cawangan Lubok Lesong.

Mengupas dari apa yang dikatakan oleh Ustaz Haji Hazri, "Setiap hari kita memohon dari Allah agar Allah tunjukkan kepada jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai sebanyak 17 kali sehari semalam di dalam solat. Tapi mengapa kita masih lagi melakukan penkhianatan kepada agama Allah dengan menyokong pemimpin yang menghalalkan yang haram. Kita tahu bahawa judi itu haram disisi Islam tapi kita masih menyokong judi itu dengan memilih kerajaan tersebut. Apa yang memalukan adalah DAP yang penyokong-penyokong UMNO kata pengkhianat kepada ISLAM dengan beraninya telah menolak cadangan yang diusulkan dalam Parlimen. Malu kita, kerana orang MELAYU UMNO mengaku ISLAM mengusulkan judi tapi CINA yang penyokong UMNO kutuk, hina itu menbangkang usul tersebut. Adakah ini dikatakan UMNO membela ISLAM ? Kita didedahkan pula mengenai Projek Pengubahsuaian Pusat Pupuk Semangat. Projek tersebut yang pada mula hanya RM 24 juta. Tapi setelah beberapa kontraktor mendesak kerana harga tersebut tidak berpadanan, maka sekali lagi Pemuda UMNO Terengganu menunjukkan kuasanya dengan menaikkan kepada RM 63 juta. Persennya dibahagikan kepada semua ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian dalam Negeri Terengganu. Bayangkan tuan-tuan dari RM 24 juta dinaikkan kepada RM 63 juta."

Manakala kupasan dari Haji Ismail pula: "PAS Kemaman sudah menjangkau 50 tahun, walaupun dalam masa 50 tahun tersebut hanya 1 kali PAS berjaya memerintah Kemaman. Tapi dalam masa 1 kali tersebut PAS telah berjaya menegakkan hukum melalui al-Quran, Sunnah dan Qias. Berbeza dengan UMNO yang memerintah lebih lama dari PAS masih tidak berjaya nak menegakkan hukum Allah. Malah lebih dasyat lagi, UMNO berani melanggar syariat Allah yang jelas tertulis dalam al-Quran. UMNO telah meluluskan 'Judi Bolasepak'. Apabila kita membantah dengan sekeras-kerasnya dengan mengadakan demonstrasi, UMNO mengubah pula nama dengan mengekalkan peraturan. Dulunya di panggil 'Judi Bolasepak' tapi nak menafikan UMNO ni terlibat dengan judi dipanggil pula 'Loteri Kebajikan'. Begitulah cara UMNO mengaburi mata rakyat. Alasan tersebut adalah bagi mengelakkan orang ramai berjudi tanpa permit."

Sdr. Rafizi adalah seorang yang sebelum ini pernah bekerja dibawah bumbung Petronas pula mendedahkan: "Setiap hari Petronas dapat mengaut 600 ribu tong sehari dan mendapat keuntungan sebanyak RM 40 juta sehari kalau dihitungkan dapatlah keuntungan sebanyak RM 13 billion setahun. Tapi keuntungan yang diperolehi Petronas ini telah dikhianati oleh UMNO dengan memaksa Petronas menswastakan Petrokimia. Apabila telah diswastakan maka akan mengemukkan kroni-kroni dan pembodek-pembodek UMNO, samalah terjadi kepada TNB dulu. Penyelewengan tersebut dibahagikan kepada 6 jahanam. 6 jahanam inilah antara kroni-kroni terbesar yang berada di dalam pentadbiran UMNO.

"Ingatlah wahai penyokong-penyokong UMNO, di akhirat nanti Allah tidak akan bertanya kemenangan yang kamu perolehi semasa hidup di dunia, tetapi Allah akan bertanya apakah amalan-amalan kamu semasa hidup. Adakah kamu bersama dengan ulama' atau menentang ulama' dan adakah kamu mengamalkan apa yang tertulis di dalam al-Quran."

No comments:

Post a Comment