Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

Keruntuhan Di Bukit Teruna, Kijal.








Gambar ini saya rakam di Kg. Bukit Teruna dalam kawasan Dun Kijal. Dun tempat bertandingnya menteri besar Terengganu sekarang ini. Jalan ini telah lama runtuh tapi sampai sekarang belum lagi dibaiki. Runtuhan ini berlaku pada bulan Disember 2009. Pada bulan tersebut Kemaman mengalami banjir besar.

Apa yang nak ditekankan ialah mengapa sampai sekarang belum dibaiki? Adakah nak tunggu tiba musim Pilihanraya baru nak dibaiki jalan ini..... Adakah ini kita katakan kerajaan bertanggungjawab?

Sedarkah kita sekiranya keadaan ini dibiarkan berkemungkinan runtuhan itu akan melarat dan berkemungkinan jalan tersebut akan terputus. Jika berlaku kemungkinan tersebut, sudah pasti kemalangan akan berlaku.

Takkan JKR dan Roadcare hanya letakkan tanda amaran sahaja. Adakah dengan tanda amaran tersebut dapat menyelamatkan keadaan sampai bila-bila atau sampai 2011.

Pembaikpulih biasa kita lihat hanya apabila tiba musim Pilihanraya. Tidak kira Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Besar. Semua ini adalah hendak membeli hati rakyat. Bukan kerana tanggungjawab yang diamanahkah oleh rakyat.


No comments:

Post a Comment