Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 16, 2010

Kezaliman Israel Terhadap Rakyat GAZA


Semalam ceramah umum mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh puak-puak rejim zionis telah diadakan di Dataran Pasti Kg. Mak Chili, antara penceramah yang dijemput ialah Haji Hussin Ismail (Presiden Yayasan Amal) dan Haji Jamaluddin Elias (Bekas Tahanan Israel) dan penceramah jemputan ialah Ustaz Mokhtar Senik.

Apa yang berlaku di bumi Palestin sekarang ini diluar jangkaan kita. Bumi Palestin hari-hari bermandikan dengan darah saudara-saudara seIslam kita. Saudara-saudara kita di sana diperlakukan seperti haiwan, sepak terajang menjadi mainan bagi tentera Israel. Kanak-kanak ramai yang menjadi yatim piatu akibat dari kezaliman tentera Israel. Tak pernah tebayang oleh kita selama ini apa yang berlaku di Gaza. Berbagai-bagai pengkhianatan besar telah dilakukan oleh tentera Israel dan Israel juga adalah sebuah penjara yang boleh dikatakan terbesar di dunia walaupun berita ini tidak di tayangkan di T.V.

Pengkhianat puak-puak zionis bukan setakat menyeksa rakyat Palestin sahaja, rumah-rumah, sekolah-sekolah dan masjid-masjid juga di robohkan tetapi tidak dibenarkan untuk dibina semula oleh tentera Israel.

PBB dan OIC hanya melihat perkara ini berlaku, seolah-olah badan-badan ini tidak berfungsi dan mempunyai kuasa untuk bertindak.

1.5 juta penduduk Gaza dinafikan dari sebarang bantuan oleh tentera Israel. Malahan hak mereka dirampas oleh tentera Israel. Mereka dibiarkan hidup terseksa.

Baru-baru ini Yayasan Amal Malaysia yang berada di bawah Wisma Putra berjaya menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza hasil daripada kutipan sumbangan daripada rakyat malaysia yang bersimpati dan juga sumbangan daripada sultan Selangor sebanyak RM 1 juta.

Pengkhianat terhadap rakyat Gaza ini bukan sahaja dilakukan oleh tentera Israel, malah Kerajaan Mesir juga menjadi dalang dalam melakukan pengkhianatan ini. Jalan keluar masuk ke Gaza melalui Mesir ditutup. Bagi mengelakkan rakyat Gaza dapat keluar dan bantuan dari luar pula tidak boleh masuk. Begitulah pengkhianatan Mesir terhadap rakyat-rakyat Gaza.

Selain dari jalan masuk melalui Mesir, NGO boleh juga masuk melalui Jordan. Tetapi jalan ini terpaksa melalui Bumi Haram Palestin. Dan akan dibuat 'Fully Checking' iaitu akan dibogelkan tanpa seurat benang dibadan oleh tentera Israel. Mereka sengaja diaibkan tidak mengira jantina.

Baru-baru NGO-NGO bersepakat menghantar bekalan makanan dan perubatan melalui laut. Tetapi kapal yang dinaiki oleh aktivis dan wartawan ini telah ditawan oleh tentera Israel dengan melakukan penyiksaan termasuk membunuh tahanan-tahanan aktivis ini. Mereka di tahan selama 4 jam di atas kapal dengan tangan diikat di belakang dan disuruh duduk dalam keadaan kaki mereka dilipat. Muncung senapang sentiasa ditujukan ke badan tahanan-tahanan. Tahanan-tahanan kapal juga disepak dan diterajang oleh tentera Israel. Selepas 4 jam menjadi tahanan di atas kapal, aktivis ini dibawa pula ke kem tahanan dan dimasukkan ke dalam bilik yang kecil selama 4 jam pula. Mereka dilayan seperti tahanan perang. Tapi apa yang yang menjadi kekuatan kepada tahanan ini adalah semasa di atas kapal, sebelum ditawan oleh tentera Israel laungan takbir yang dilaung oleh akitivis ini berjaya menjarakkan bot yang dinaiki tentera Israel dengan kapal. Setiap kali takbir bot tersebut berganjak. Mereka seolah-olah menjadi takut dengan setiap laungan takbir itu.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment