Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 1, 2009

Naib Ketua Pemuda Umno Kemaman di Tangkap Polis

Assalamualaikum wbt,

Heboh sekarang ni mengenai Naib Ketua Pemuda Umno Kemaman berserta dengan 2 orang lagi yang telah ditangkap iaitu Ketua Pemuda Cawangan Mentauh (Selaku AJK Pemuda Umno Kemaman) dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Kemaman kerana terlibat dengan pengedaran dadah jenis Heroen.

Kejadian ini berlaku pada hari selasa malam. Satu serbuan polis telah berlaku di rumah Ketua Pemuda Umno Cawangan Mentauh itu sediri. Ini seolah-olah macam bapak ketam nak mengajar anak ketam berjalan lar. Bapak sendiri pun jalan tak betul, macam mana nak mengajar anak dia berjalan. Habis anak-anak jalan senget. Pasal bapak dia pun berjalan senget. Sama jugalah macam pemuda-pemuda Umno di Kemaman dan Kijal. Ibubapa mengharapkan Ketua berserta Jawatankuasa Pemuda Umno dapat membimbing anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada negara jangan jadi sampah masyarakat yang sentiasa membebankan negara. Tapi Ketua Pemuda Umno sendiri yang menjadi ketua sampah masyarakat, maka sudah pasti akan rosaklah anak-anak muda yang menjadi pekerja kepada jentera Parti Umno di Kijal.

Kalau mengikut sumber dari akhbar tempatan, dadah yang dijumpai hanyalah satu tiub sahaja iaitu dadah jenis heroen. Tetapi bagi mendapat mendapatkan maklumat yang soheh, saya pergi menemubual dengan penduduk setempat di Kijal yang memang telah lama mengenali Penjenayah terbabit. Maaf kerana saya mengenakan nama penjenayah kepada beliau. Kerana nama tersebut memang padan dan tepat dengan apa yang telah beliau kerjakan. Pengedar dadah adalah musuh no. 1 kepada negara, jadi kalau dah menjadi musuh no. 1 negara secara automatiknya menjadi penjenayah negara dan bangsa. Kerana spesis sebeginilah yang akan merosakkan anak bangsa melayu di Malaysia umumnya.

Berbalik kita kepada hasil berita yang saya temubual dengan penduduk setempat tadi. Menurut sumber dari penduduk pula, bukan setiub yang dijumpai semasa serbuan dilakukan. Malah semasa serbuan tersebut penjenayah-penjenayah tersebut sedang melakukan kerja-kerja membungkus atau dengan nama lain 'sedang packing' benda haram tersebut.

Maka pada malam penangkapan tersebut ramailah orang-orang Umno berkumpul di Balai Polis Kemaman bagi menyelesaikan kes terkutut ini. Dan pada hari keesokkannya penjenayah-penjenayah banduan tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM 3000 seorang. Begitu mudah penjenayah-penjenayah tersebut bebas. Apa sangatlah dengan RM 3000 berbanding dengan pulangan projek-projek yang telah dikaut oleh penjenayah-penjenayah tersebut sebelum ini. Tapi kalau kes ini berlaku kepada orang lain yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno ataupun berlaku kepada orang yang menentang Umno, agak-agaknya bilalah orang tersebut boleh dibebaskan???

Dengan berlakunya penangkapan ini makin jelaslah bahawa Umnolah yang sebenarnya telah merosakkan anak-anak muda di Malaysia ini. Jadi mengapa pilih Umno lagi, marilah kita pakat jatuhkan parti itu dalan pilihanraya ke-13 nanti. Mungkin ada ramai lagi perosak anak bangsa dalam Parti Umno yang masih berselindung dibelakang menteri-menteri.

Inilah wajah-wajah pemegang amanah yang telah diamanahkan supaya membawa dan membimbing pemuda-pemuda ke jalan yang diredhai Allah. Tetapi terdapat segelintir daripada mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan. Pepatah melayu ada mengatakan "Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelangga".

No comments:

Post a Comment